anakku autisme

....dari titik ke titik....

Wednesday, July 20, 2011

malam tadi dua kali ke klinik untuk sedut gas, kerana sesak nafas. selalunya, kalau tengah malam atau pagi buta ke klinik, aku singgah di kedai nasi kandar di sebelah klinik. pekena roti canai, milo ais atau teh tarik. tapi doktor kata jangan bagi minum ais dan jangan kena aircond. maka aku tidak ke nasi kandar dan tidak memasang aircond kereta.

sampai rumah, adiknya belum lagi tidur. tidak diketahui jam berapa dia tidur malam tadi.

Labels:

sekarang musim rambutan.
anakku suka makan rambutan, tapi, tak reti nak kupas rambutan.jadi, akulah tukang kupasnya.

di surau ada pokok rambutan. selalu aku bawa balik beberapa butir, yang dapat dipetik oleh tangan.

dia ambil isi, kulit dan biji dia bagi aku balik. belum pandai buang ke dalam tong sampah. tapi sekarang dah pandai beri separuh kepada adik.

kalau ada banyak, dia suka kupas dan letak banyak banyak dalam pinggan, sambil membilang " wan, su, swi, nombor seterusnya tidak dapat disebut dengan jelas."

selalunya hitorijime, tapi kadang kadang mood dia baik ada juga diberi rambutan kepada kakak.

Labels:

Friday, July 15, 2011

beberapa hari dulu, pada beberapa malam, didapati anakku yang dua orang itu, seperti selalu juga, lambat tidurnya. selepas tengah malam kami terjaga, kedua-dua orang itu didapati bermain dengan lidi sate, mencucuk beberapa kampit tepung gandum. habis bertaburan tepung tepung di dapur. tidak diketahui apa yang cuba ditiru oleh mereka.berlumuran tepung atas kepala.

Labels: